Profil Sykt

Syarikat 100% Bumiputera dimiliki oleh KOPERASI SHAMELIN BERHAD (Koperasi yang KEDUA Terbesar Di Malaysia) yang ditubuhkan pada 13 April 1971, membangunkan Taman Shamelin Perkasa, Cheras, terbabit dalan perniagaan kredit, pembangunan, perladangan dan peruncitan. Nilai aset terkumpul lebih daripada RM300juta dan rizab tunai rm80 juta (sebuah syarikat MELAYU yang kukuh dari segi modalnya….so, jangan ragu2 ye…).  

Pada awal tahun 80an, SHAMELIN telah memulakan projek pembangunan Taman Shamelin Perkasa di atas sebidang tanah milik sendiri seluas 135 ekar di Cheras, Kuala Lumpur yang mengandungi bangunan-bangunan kediaman, perdagangan dan perkilangan. Kejayaan projek ini telah melonjak SHAMELIN jauh di dalam arus perdana kegiatan ekonomi.  

SHAMELIN BINA SDN. BHD. yang dipengerusikan oleh Tn Hj Shahadan bin Hj Abdul Manas, merupakan anak syarikat milik penuh Koperasi Shamelin Berhad yang bergiat aktif di dalam industri MLM.  

Sistem perniagaan yang telus dengan juruaudit dalaman dan juga luar. Juruaudit Luar: Tetuan AljefriDean (AF 1366)  

Pejabat terletak di bangunan sendiri, Dataran Shamelin, Taman Shamelin Perkasa, Kuala Lumpur.
 
SHAMELIN BINA SDN. BHD.

Ditubuhkan pada Mei 2008,Shamelin Bina merupakan syarikat jualan langsung tempatan yang dimiliki sepenuhnya oleh salah satu antara 20 Koperasi terbaik di Malaysia iaitu Koperasi Shamelin Berhad. Dengan menengahkan Jus Manggis sebagai produk utama, Shamelin Bina telah pun mencipta satu gelombang di dalam industri jualan langsung tempatan dimana penggunaan produk Jus Manggis dapat membantu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit kronik.

Syarikat juga telah melahirkan Jutawan jualan langsung dalam masa yang singkat melalui pelan pemasaran yang terbukti berkesan. Melalui program Shamelin Busines School yang telah direka khusus untuk memberi latihan dan pembangunan yang komprehensif dalam menjadikan insan biasa kepada luar biasa. Shamelin Bina melaburkan jutaan ringgit  setahun bagi tujuan pembangunan dan latihan pengedar-pengedar. Selepas 2 tahun beroperasi, Shamelin Bina telahpun menembusi pasaran global, bermula dengan Brunei, Indonesia dan terbaru Thailand.    


VISI

Mengusahakan perniagaan dengan niat memberikan kemudahan.Menjadikan perniagaan ini sebagai karier masa hadapan,
Disamping melahirkan masyarakat celik IT bagi semua golongan masyarakat 
disegenap pelusuk tanahair sehingga ke pesada dunia.

MISI

Menjadi sebuah syarikat yang unik dan dinamik di dalam bisnes yang memberikan ketenangan kepada fikiran, tubuh badan dan  jiwa.

No comments:

Post a Comment